Tuesday, December 15, 2015

4. Rahsia

Psst..
Tolong simpan satu rahsia
Aku ada suka satu manusia
Dia baik orangnya
Senyum dia buat aku hampir gila

Psstt..
Ini lagi satu rahsia
Ha, itu dia
Yang sedang membaca.

Ekekeke

Buku Mathlutfi





Entry kali ini saku ingin perkenalkan pada buku hasil karya Matluthfi,"Momen-momen MatLuthfi" merupakan buku kedua hasil tulisan MatLuthfi sendiri. Jika Buku Pertama "Catatan MatLuthfi" mendapat sambutan hangat, tak mustahil buku terbaru "Momen-momen MatLuthfi" ini juga bakal menjadi best seller. Dan aku juga telah mendapatkan kedua-dua buku tersebut dan tersangat berpuas hati.

Dibawah sedikit deskripsi buku Momen2 MatLuthfi dan juga buku Catatan MatLuthfi untuk panduan kalian.

MOMEN-MOMEN MATLUTHFI

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.

Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.

Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang

- “Eh, mak pun ade yang ni!”

Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

ISI KANDUNGAN


  • Cik Kam 
  • Negara Paling Sekular 
  • Kasyaf Pak Cik Jashemi 
  • Eh Tak Pa La 
  • Kehidupan Banal 
  • Verily Cool Women are for Cool Man 
  • House and Home 
  • Proactive Ninja 
  • Kejelasan Fikrah 
  • Mesra, Cepat, dan Betul 
  • Hati-Hati 
  • Drink and Order 
  • Cool Pilot 
  • Food for Homeless 
  • Like a Champ 
  • Sehelai Kain 
  • Aku Tough 
  • Berdakwah 
  • Zamanfi 
  • The Other 
  • Priceless 
  • Raudhatus Sakinah 
  • Haters 
  • Beautiful 
  • Candula Mana Tidak Berkias 
  • KAFA 
  • Sustainability 
  • Anep dan ADHD 
  • Buku Jalanan 47 
  • Jo 
  • Southern Gathering 2014 
  • Hihi Excited 
  • Pancing Partriark 
  • Sehari Sebelum Submission 
  • Aisha 
  • Inai Memet 
  • DAP 
  • Nuntut Ilmu 
  • Anep dan Ayam 
  • Ironi Slogan 
  • Abang Long Karpet 
  • Sipulan 
  • Ali 
  • Orang Bahari 
  • Nipponing 
  •  Rant on Popularity 
  • Kena Tibai 
  • Kunci 
  • Bajet Abbot 
  • Maik Rikadson 
  • Aned Kondelo 
  • Saily An Wert 
  • Kajang Move 
  • Confessions 
  • Jesus Christ 
  • Macamana Orang Australia Berhujah 
  • TFTN


CATATAN MATLUTHFI


SIAPA MATLUTHFI ?

Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.

Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."

Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.

Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.

Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...

...dan harapnya berfikir.

 Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)



Monday, December 14, 2015

Tarikan Gen Y Di Putrajaya



Memandangkan aku tinggal kat Putrajaya... aku perhati banyak tempat-tempat yang selalu menjadi port2 lepak para remaja kita yang ingin merasa kebebasan bersosial... Mari aku tolong senaraikan kawasan-kawasan panas ini

Jambatan Sri Wawasan, Putrajaya


Image result for jambatan putrajaya

Tak lengkap rasanya tak singgah di Jambatan Putrajaya kalau datang ke Putrajaya. Jambatan Putrajaya memang penuh dengan kenderaan bila waktu malam lagi-lagi weekend. Ada yang datang bergambar, lepak, dan menikmati keindahan waktu malam di Putrajaya. Pengalaman yang paling best di Jambatan Putrajaya mestilah surprise birthday di Jambatan Putrajaya. =D

Jambatan Seri Wawasan terletak di sebelah Barat Putrajaya, penghubung di antara Presint 2 dan Presint 8, serta memudahkan perjalanan merentasi Tasik Putrajaya. Jambatan ini mempunyai struktur menarik dan mempunyai nilai estetika tinggi serta kelihatan kontemporari, di mana reka bentuk kabel-penyangganya diilhamkan daripada keindahan sebuah kapal layar yang meregang ditiup angin. Jambatan ini merupakan jambatan jalan raya pertama di negara ini yang dibina berasaskan teknologi kabel-penyangga terkini dengan jumlah panjang 240m dan lebar 37.2m. Tempoh masa pembinaannya dari tahun 2000 sehingga 2003. Jambatan ini menjadi simbol kemampuan rakyat untuk mengharungi arus perubahan serta menyumbang merealisasikan wawasan Malaysia.

Presint 2, Putrajaya

Image result for presint 2

Image result for palace of justice

Bangunan-bangunan kerajaan yang sangat unik & cantik ukirannya boleh didapati di presint 2, Putrajaya. Senibina bangunan dan fasiliti di sini penuh dengan kecantikan dan keunikan seperti Mahkamah Kehakiman. Pengantin baru sering menjadikan lokasi ini untuk sesi outdoor photoshoot. =D


Kat sini juga ade satu-satunya pasar malam kat Putrajaya tau... So, kalau u all's datang ke Putrajaya pada hari Selasa atau Jumaat tu, singah-singgahlah ke Pasar Malam Presint 2 yer.. Parking memang disediakan siap ada polis trafik dengan abang penguatkuasa Perbadanan Putrajaya lagi, so takde masalah.


Alamanda, Putrajaya

Image result for alamanda putrajaya

Satu-satunya pusat membeli belah di Putrajaya. IOI City Mall yang baru buka pula terletak jauh sedikit dari Putrajaya malahan alamatnya berada di kawasan Sepang, Selangor. Nak tengok wayang, main boling, karaoke, shopping, etc bolehlah ke Alamanda Putrajaya ye. Walaupun Alamanda tidaklah sebesar Midvalley/Berjaya Times Square tapi sentiasa berjaga-jaga agar tidak sesat nanti ya...